KUIS - 6/4/2011 Pihak pengurusan KUIS yang menerima laporan tentang pencerobohan lebih dari seorang lelaki di hostel MAHASISWI KUIS bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan. Laporan yang diterima menyatakan suspek tersebut menyamar sebagai seorang perempuan dengan berjubah hijau dan berpurdah(wat malu org Islam jew, patutlah diharamkan berpurdah).
Atas dasar keprihatinan MAHASISWA KUIS, sorakan demi sorakan bagi menyokong pihak pengurusan KUIS diberikan. Tidak terkecuali juga, MAHASISWA KUIS yang mengambil tindakan berani dan pergi ke lokasi kejadian. Tindakan ini juga menjadikan suspek berasa gementar(termasuk juga sorakan tanpa henti menjadikan suspek menjadi amat takut)
Kejadian ini disusuli dengan adegan kejar mengejar apabila suspek cuba melarikan diri dengan bersenjatakan besi(dah takut sangatlah tu). Dari sini juga kita dapat lihat antara salah satu keprihatinan MAHASISWA KUIS apabila hampir seluruh MAHASISWA KUIS cuba mengambil tindakan pantas untuk mengejar suspek.
(yang bermotor dengan motornya, yang berlari dengan larinya, yang naik lif dengan naik lifnya).
Ada laporan mengatakan setelah suspek cuba melarikan diri dan mendapati tidak ada jalan keluar. Suspek memasuki semula ke hostel MAHASISWI KUIS. Atas sebab ini, MAHASISWA KUIS berkumpul bagi meyenangkan mereka untuk mengambil tindakan seterusnya dan juga bagi mendapatkan keterangan dari pihak pengurusan KUIS. Antara laporan terakhir yang diterima, Pihak pengurusan KUIS menyatakan bahawa keadaan telah dapat dikawal pada jam 1.30 pagi(waktu malaysia). Laporan ini juga membuatkan MAHASISWA KUIS berasa lega dan pulang hostel masing-masing.(sorakan kesyukuran jga dapat dindengari)
sekian M. HAZIQ dari BERNAMA melaporkan.
No comments:
Post a Comment